PENGAJIAN AM KERTAS 1 : KENEGARAAN

Kertas 1 meliputi Konsep Kenegaraan, Perlembagaan, Perlembagaan Malaysia, Sistem Pentadbiran Malaysia, Sistem Perundangan Malaysia, Sistem Kehakiman Malaysia, Dasar Dalam Negara, Dasar Luar Negara, Isu Semasa dan Penyelesaian Masalah.

Wednesday, April 20, 2011

PROSEDUR RAYUAN KES JENAYAH

Prosedur rayuan kes jenayah

1) Notis rayuan difailkan dengan pendaftaran Mahkamah dalam tmpoh 14 hari selepas keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi
2) Hakim yang membuat keputusan membuat penghakiman bertulis mengenai alasan keputusan tersebut dibuat
3) Pendaftaran Mahkamah membuat notis yang mengandungi rekod prosiding berserta bayaran yang ditetapkan kepada perayu ( kecuali pendakwah raya)
4) Dalam tempoh 10 hari selepas notis disampaikan, perayu memfailkan petisyen rayuan berseta lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan dengan Pendaftar Mahkamah
5) Pendaftar Mahkamah member salinan notis rayuan dan petisyen rayuan kepada Mahkamah Rayuan
6) Pendaftar Mahkamah menyampaikan salinan rekod prosiding dan salinan notis rayuan serta petisyen rayuan kepada pihak perayu dan peguam
7) Mahkamah Rayuan mengeluarkan waran tangkap sekiranya rayuan dibuat terhadap tertuduh yang dibebaskan sebelum rayuan dibuat
8) Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak rayuan atas alasan tertentu, notis penolakan desampaikan kepada perayu
9) Jika Mahkamah Rayuan menerima rayuan tersebut, Mahkamah Rayuan member notis tentang masa dan tempat perbicaraan bagi pihak perayu

MAHKAMAH RAYUAN

MAHKAMAH RAYUAN

Keanggotaan
1) Terdiri daripada:
a. Presiden (Pengerusi)
b. 15 orang hakim lain

2) Presiden dan hakim-hakim dilantik oleh YDA atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

3) Hakim Mahkamah Rayuan boleh dipilih sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan oleh Ketua Hakim Negara bagi kes-kes tertentu demi keadilan.

4) Peranan Presiden:
a. Menentukan rayuan dibuat dimana-mana mahkamah di Malaysia.
b. Menetapkan cuti untuk hakim-hakimnya yang berjumlah satu bulan dalam satu tahun
c. Menentukan prosiding dan jumlah hakim yang mendengar dan memutuskan sesuatu kes

5) Keputusan mahkamah dibuat berdasarkan suara majoriti hakim
Bidang kuasa

1) Kuasa dalam kes jenayah:
a. Mendengar rayuan kes jenayah yang diputuskan oleh mahkamah tinggi
b. Mendengar rayuan atau mengkaji semula Mahkamah Sesyen
c. Mendengar rayuan daripada Mahkamah Sesyen
d. Mendengar rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Majistret berhubung dengan persoalan undang-undang sahaja

2) Tindakan yang diambil:
a. Memerintah perbicaraan semula di Mahkamah Tinggi
b. Mengubah keputusan Mahkamah Tinggi
c. Mengubah hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi
d. Mendapatkan bukti-bukti tambahan melalui perbicaraan

3) Kuasa dalam kes sivil:
a. Keputusan dicapai melalui pihak-pihak terlibat
b. Perkara-perkara yang melibatkan nilai wang tuntutan RM250 000 keatas kecuali mendapat persetujuan Mahkamah Rayuan
c. Penghakiman melibatkan kos sahaja mengikut budi bicara mahkamah
d. Kes-kes dimana penghakiman Mahkamah Tinggi adalah muktamad

4) Dalam hal ini, rayuan tidak boleh dibuat terhadap keputusan hakim yang dibuat dalam kamar

Tuesday, March 1, 2011

TAHUKAH ANDA TENTANG DEWAN NEGARA?

ewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
  • 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
  • 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.

    Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-

    * warganegara Malaysia
    * tidak kurang dari 30 tahun
    * waras fikiran
    * bukan seorang muflis
    * tidak mempunyai rekod jenayah

    Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

    Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

    Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

TAHUKAH ANDA TENTANG DEWAN RAKYAT?

Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
  • Warga negara Malaysia
  • Tidak kurang dari 21 tahun
  • Waras fikiran
  • Bukan seorang muflis
  • Tidak mempunyai rekod jenayah
  • Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

Sumber : http://www.parlimen.gov.my/index.php?uweb=dr


Monday, February 21, 2011

MENGAPA AHLI PARLIMEN HILANG KERUSI ?

HILANG KELAYAKAN MENJADI AHLI DEWAN RAKYAT ATAU AHLI DEWAN NEGARA

Seseorang ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara akan hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen jika beliau:
(a) diisytiharkan muflis
(b) memegang sesuatu jawatan berpendapatan
(c) didapati tidak sempurna akal
(d) dihukum penjara satu tahun penjara atau lebih atau didenda RM2 000 ke atas dan tidak diampuni
(e) menjadi warganegara asing
(f) tidak menghadiri persidangan dewan selama enam bulan berturut-turut tanpa mendapat kebenaran daripada Speaker
(g) tidak mengangkat sumpah dalam masa tiga bulan selepas dipilih atau dilantik
(h) tidak menyerahkan akaun perbelanjaan kempen pilihanraya (bagi ahli Dewan Rakyat sahaja) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.

Monday, October 11, 2010

KONSEP 1 MALAYSIA (8 NILAI)

8 Nilai dalam Konsep 1 Malaysia

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.
Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya
Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

3. RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.
Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

5. KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.
Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.
Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.
Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

6. MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.

Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

7. PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

8. INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

(Sumber :- pmr.penerangan.gov.my)

Monday, July 5, 2010

2 HAKIM SYARIE WANITA PERTAMA MALAYSIA

KUANTAN: 4 Julai 2010 - Dua hakim syarie wanita pertama negara, Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak, menyifatkan pelantikan mereka sebagai satu pengiktirafan serta mengangkat martabat wanita dalam kerjaya yang banyak dimonopoli lelaki.

Pengumuman pelantikan mereka dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berkata buat julung kalinya kerajaan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin melantik mereka Mei lalu, dengan masing-masing ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sambil memanjatkan rasa syukur, Suraya dan Rafidah turut menganggap pelantikan itu sebagai satu amanah selain membuktikan peranan dan sumbangan wanita sememangnya dihargai. “Saya anggap ini tugas besar dan akan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan adil. Malah pengiktirafan ini maka lebih ramai lagi wanita akan mampu memegang jawatan yang selalunya dikuasai lelaki,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Pegawai Syariah Kebangsaan Ke-12, di Bukit Gambang Resort City, di sini, semalam.

Suraya, 31, anak kelahiran Sabah, bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM.
Sementara itu, Rafidah, 39, yang berasal dari Pulau Pinang, menyuarakan penghargaannya kepada JKSM.

“Saya amat terharu dan berterima kasih kepada JKSM. Pelantikan ini juga bukti untuk mengubah persepsi masyarakat yang menunjukkan wanita juga mampu menggalas tugas dipikul golongan lelaki,” kata Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dan Penolong Pengarah Latihan JKSM itu.
Terdahulu, dalam ucapan yang dibacakan Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zain, Najib berkata, pelantikan dua wanita itu turut menolak persepsi segelintir masyarakat yang sengaja menuduh Mahkamah Syariah mengamalkan diskriminasi gender sehingga menidakkan hak wanita dan kanak-kanak.

“Pada hari ini ramai wanita seolah merasakan diri mereka teraniaya dan tidak mendapat keadilan yang sewajarnya disebabkan kelewatan penyelesaian kes. Justeru, perlantikan dua Hakim Syarie ini pada pertengahan Mei lalu dapat merungkai permasalahan berkenaan,” katanya.

Najib berkata, kerajaan turut meluluskan peruntukan RM15 juta kepada Bahagian Sokongan Keluarga JKSM bagi membantu pihak yang teraniaya akibat kegagalan suami melaksanakan perintah nafkah oleh Mahkamah Syariah yang bertujuan bagi usaha transformasi institusi perundangan syariah di negara ini.

“Saya berharap setiap pegawai syariah sentiasa proaktif berijtihad dalam pentafsiran hukum syariah yang fleksibel dalam mengembalikan keyakinan umum ke atas keunggulan undang-undang Islam tanpa batasan bangsa atau jantina,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan turut bersetuju melanjutkan had umur Ketua Hakim dari umur 58 tahun kepada 66 tahun sebagai menyempurnakan tuntutan transformasi selain sedia membantu bagi memberi peluang pegawai syariah melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Phd).

Friday, April 30, 2010

APA ITU PETISYEN?

Zaid fail petisyen cabar pilihan raya

Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

Dakwanya lagi, pilihan raya kecil itu juga dicemari pembelian undi dan pemindahan pengundi.

Zaid juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Tuesday, April 27, 2010

ABU ZAHAR UJANG YANG DIPERTUA BAHARU DEWAN NEGARA

Abu Zahar dilantik Yang Dipertua Dewan Negara
Apr 26, 10 10:53am

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-16.

Beliau menggantikan Datuk Wong Foon Meng dari MCA yang meletakkan jawatannya pada 12 April lalu setelah memegangnya selama dua penggal.

Abu Zahar mengangkat sumpah sebaik sahaja persidangan Dewan Negara bermula pada pukul 10 pagi selepas dilantik sebagai senator.

Beliau memulakan kariernya pada 1964 sebagai Inspektor Polis Diraja Malaysia dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Penguasa Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada 1979.

Pada 1980 hingga Jun 1986, Abu Zahar meneruskan profesion guaman di ibu negara sebelum dipilih sebagai Aahli dewan undangan negeri Pilah dan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan.

Pada 1991, beliau mempertahankan kerusi DUN berkenaan sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Pilah selama satu penggal bermula 1995 hingga 1999.

Sumber : www.malaysiakini.com

Monday, April 26, 2010

PEMILIHAN AHLI DEWAN NEGARA

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-

26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).

 
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.

 
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:- 
  • warganegara Malaysia
  • tidak kurang dari 30 tahun
  • waras fikiran
  • bukan seorang muflis
  • tidak mempunyai rekod jenayah

 Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

 
Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

 
Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

Monday, April 19, 2010

PENGUNDIAN AWAL GANTI PENGUNDIAN POS?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji memperkenalkan sistem pengundian awal yang membolehkan sebilangan pemilih mengundi lebih awal, selain dua hari sebelum tarikh pengundian sebagai tempoh bertenang.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksana di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia. Katanya, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan undi pos dengan menambah bilangan pengundi yang layak untuk mengundi awal.

Menurutnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti bertugas pada hari itu dan sebagainya. Mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan setiap rakyat mengundi.

Wan Ahmad dan beberapa pegawai SPR melawat Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akhir tahun lalu bagi mempelajari dan mengkaji proses pengundian awal yang digunakan negara itu serta undang-undang berkaitan. Katanya, tujuan lawatan itu adalah untuk mempelajari dan mengkaji peraturan dan perundangan berhubung proses pengundian awal di Thailand kerana negara itu berjaya mengendalikan sistem berkenaan dengan cukup baik.

Beliau berkata, SPR akan mengemukakan cadangan sistem itu kepada kerajaan selepas dipersetujui di peringkat suruhanjaya. Selain menukar nama pengundian pos kepada pengundian awal, katanya, SPR juga akan cuba mengesyorkan kemasukan pengundi kategori lain bagi mereka yang layak melakukan pengundian awal seperti wartawan, doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari.

Pada masa ini, mereka yang layak mengundi secara pos ialah anggota polis dan pasangan, anggota tentera dan pasangan, pelajar dan pegawai kerajaan yang berada di luar negara. Pada pilihan raya umum 2007 di Thailand, hampir tiga juta daripada 45 juta pengundi berdaftarnya mengundi awal pada dua hari yang ditetapkan.

Mengikut peraturan pilihan raya negara itu, semua pengundi berdaftar layak mengundi awal, terutamanya mereka yang mendaftar di wilayah lain tetapi tidak dapat pulang pada pilihan raya umum dan mahu mengundi awal di tempat mereka bekerja atau bermastautin. Wan Ahmad berkata, SPR juga sedang mengkaji cadangan untuk menetapkan dua hari sebagai tempoh bertenang tanpa sebarang kempen pada sesuatu pilihan raya.

Walaupun peraturan sekarang menetapkan kempen pilihan raya perlu tamat menjelang tengah malam sebelum hari pengundian, beliau berkata, budaya politik yang diamalkan di negara ini tidak menghormati peraturan itu. Beliau berkata, di Malaysia, tiada siapa hormat atau yang mahu mengikut peraturan ‘cooling off period’ (tempoh bertenang) yang ditetapkan SPR. Walaupun dilarang, pada hari mengundi, masih ada lagi yang meraih dan merayu undi, mengibarkan bendera dan berkonvoi.

Ditanya mengapa SPR tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan itu, beliau berkata, berdasarkan senario politik negara ketika ini, keadaan akan menjadi bertambah huru-hara pada hari pengundian.

Sehubungan itu, beliau berharap tempoh bertenang boleh dilaksanakan pada pilihan raya akan datang bagi memudahkan SPR dan pihak berkuasa tempatan membersihkan kawasan mengundi daripada poster dan bendera yang dipasang.

PERSEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

KAJIAN DAN PERSEMPADANAN SEMULA

Kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Setiap bahagian pilihan raya harus mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di kawasan yang boleh dikenal pasti. Dalam menjalankan kajian berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Peguam Negara. Sehingga kini, sebanyak 8 kali urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri telah diadakan.

PRINSIP-PRINSIP PERSEMPADANAN SEMULA

Dalam menjalankan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-prinsip ini adalah seperti yang berikut:-

i) Di samping memberi perhatian terhadap mustahaknya pemilih-pemilih diberi peluang-peluang kemudahan yang berpatutan untuk mengundi, sempadan bahagian-bahagian pilihan raya tidak harus memasuki sempadan-sempadan Negeri dan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri tidak harus memasuki sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan;
ii) Perhatian harus juga diberi kepada kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian-bahagian pilihan raya itu untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi pendaftaran dan semasa mengundi;
iii) Bilangan pemilih di dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bagi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar di mana keluasan bahagian patut diberi pertimbangan memandangkan kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih-pemilih dalam daerah-daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi; dan

iv) Perhatian juga patut diberi kepada kesulitan-kesulitan yang akan timbul dengan perubahan-perubahan bahagian-bahagian pilihan raya dan juga memelihara hubungan setempat.

Thursday, February 25, 2010

Wednesday, December 2, 2009

Kaedah Penyediaan Merit Untuk Calon Lepasan STPM:

Tahukah anda bahawa markah Pengajian Am juga dikira untuk pemilihan pelajar ke IPTA? Di dalam sistem  ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambil kira purata nilai gred 4 mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.

Cara Pengiraan PNGK

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE 219


Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-219 diadakan pada 6 November 2009 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Tuanku Muhriz yang baru dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menjadi pengerusi mesyuarat.

Antara yang turut hadir ialah :
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad
Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sultan Azlan Shah
Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail.
Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

Agenda mesyuarat itu berhubung isu agama, pertahanan, keselamatan, pelantikan, ekonomi dan industri kewangan Islam.

Sunday, October 18, 2009

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)





|
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah agensi Kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS.

Maklumat lanjut di Laman Web SMIDEC
http://www.smidec.gov.my/node/32

Malaysian Indistrial Development Authority (MIDA)







Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) adalah agensi utama kerajaan bagi menggalakkan dan menyelaraskan pembangunan perindustrian di Malaysia. MIDA membantu syarikat-syarikat yang berhasrat untuk melabur dalam sektor perkilangan dan sektor-sektor perkhidmatan berkaitan di samping memudahkan pelaksanaan dan operasi projek-projek mereka. Perkhidmatan-perkhidmatan yang luas disediakan MIDA termasuk membekalkan maklumat mengenai peluang-peluang pelaburan serta membantu syarikat-syarikat yang mencari rakan-rakan usahasama.
Untuk meningkatkan lagi peranan MIDA membantu pelabur, para wakil kanan dari agensi-agensi penting kerajaan ditempatkan di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur untuk menasihat para pelabur mengenai dasar-dasar dan prosedur kerajaan. Mereka termasuk pegawai dari Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

MIDA juga menilai permohonan berikut bagi projek-projek dalam sektor perkilangan dan sektor-sektor perkhidmatan berkaitan:

• Lesen pengilang
• Insentif cukai
• Jawatan-jawatan asing
• Pengecualian cukai atas bahan mentah, komponen, jentera dan kelengkapan.

Para pelabur digalakkan membincang tentang projek-projek yang diminati dengan pegawai MIDA di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur atau di pejabat-pejabat MIDA negeri terdekat.

Maklumat lanjut di laman web MIDA
http://bmweb.mida.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.section.Section_424ff037-c0a8c83f-4a0ac500-96fae996

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)


Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) / Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), telah ditubuhkan pada Mac 1993 sebagai sebuah agensi berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sebagai agensi penggalakan eksport negara, MATRADE bertanggungjawab untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia berjaya dalam pasaran antarabangsa. Wawasan MATRADE adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport terulung selaras dengan misinya untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke pentas dunia.
MATRADE bertanggungjawab untuk mempromosikan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta perkhidmatan. Tambahan lagi, MATRADE merangka dan mengimplementasikan strategi pemasaran eksport dan aktiviti promosi perdagangan untuk meningkatkan eksport Malaysia, menjalankan penyelidikan pasaran, dan mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif untuk pembangunan dan peningkatan perdagangan Malaysia. MATRADE juga menganjurkan program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa, mempromosi dan membantu dalam perkhidmatan berkaitan perdagangan serta melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara.

Maklumat lanjut di laman web MATRADE
http://www.matrade.gov.my/my/content.jsp?id=com.tms.cms.section.Section_c1d716e0-7f000010-78657865-d602aba6

Saturday, September 12, 2009

ULANGKAJI 1 : PRAU2

Selamat Belajar. Pelajar PraU2 sedang menduduki Peperiksaan Percubaan STPM Peringkat Negeri Johor. Namun begitu, cikgu harapkan anda semua terus menggunakan blog cikgu untuk mengulangkaji pelajaran. Minggu ini cikgu lampirkan 60 soalan yang perlu anda jawab dalam masa 2 jam. Selamat menjawab.

PENGAJIAN AM
KERTAS 1
900 / 1Masa 2 Jam

Arahan: Jawab semua soalan yang disediakan.
1. Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada sebuah negara?
I Mempunyai kedaulatan
II Mempunyai ekonomi yang kukuh
III Mempunyai sempadan yang tertentu
IV Mempunyai masyarakat yang saling bekerjasama
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2. Antara berikut, ciri-ciri yang manakah dapat mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara?
I Mempunyai ideologi
II Mencapai kemerdekaan pada tahun 1957
III Mempunyai banyak bahan mentah
IV Mempunyai penduduk pelbagai kaum
A I dan II
B I dan III

C II dan III
D III dan IV

3. Pilih pernyataan yang berkaitan tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa
I Mengelak pemusatan kuasa
II Menggalakkan pembahagian kuasa
III Mengekalkan pemerintahan secara campur tangan
IV Mengalakkan pemusatan kuasa
A I dan III
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

4. Antara berikut, yang manakah benar tentang konsep kerajaan kesatuan?
A Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dominan
B Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dominan
C Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang terhad
D Kerajaan negeri mempunyai kuasa yang sama dengan Kerajaan Pusat

5. Antara berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri kerajaan sosialis?
A Kerajaan ini diperintah oleh individu yang mempunyai kuasa mutlak
B Kerajaan ini memberi kebebasan pemilikan harta secara individu
C Kerajaan ini dipilih melalui pilihanraya
D Kerajaan ini tidak mementingkan hak perseorangan tetapi mementingkan hak milik negara.

6. Antara berikut, yang manakah menerangkan demokrasi berparlimen?
I Setiap rakyat yang layak mengundi mempunyai persamaan hak
II Setiap rakyat mempunyai persamaan hak dalam semua perkara
III Kuasa penuh terletak di tangan raja
IV Ekonomi dimiliknegarakan demi kepentingan bersama
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan badan pentadbiran yang melaksanakan dasar kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri?
A Kabinet
B Peguam Negara
C Ketua Hakim Negara
D Agensi Kerajaan

8. Antara berikut, yang manakah terlibat dalam proses menggubal undang-undang negara?
A Majlis Parlimen
B Kabinet
C Agensi Kerajaan
D Mahkamah

9. Peranan Badan Kehakiman dalam teori pengasingan kuasa ialah
A Menggubal undang-undang
B Memansuhkan undang-undang
C Mentafsir undang-undang
D Melaksanakan undang-undang

10. Apakah faedah sistem Kerajaan Persekutuan?
A Kerajaan Negeri mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat
B Semua peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan tertentu yang dijamin oleh perlembagaan
C Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang sangat terhad
D Kerajaan Pusat dan Negeri bergabung melaksanakan pentadbiran negara

11. Takrif perlembagaan adalah seperti berikut
I Merupakan memorandum bertulis parti-parti politik
II Merupakan rujukan bagi menjelaskan prinsip dan amalan negara
III Mempunyai kuasa ultra vires, iaitu tidak boleh ditentang
IV Merupakan kontrak sosial yang dibuat oleh tokoh-tokoh kemerdekaan
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

12. Antara berikut, yang manakah berkaitan pindaan perlembagaan?
I Perubahan tambahan perlembagaan
II Perubahan undang-undang negara dengan sokongan 2/3 ahli Parlimen
III Perubahan seksyen dalam perlembagaan yang dimansuhkan
IV Perubahan dalam perlantikan pegawai kerajaan
A I dan II
C II dan III
B I dan III
D III dan IV

13. Antara berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri tepat tentang Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri?
Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Negeri
A Undang-undang Negeri yang berbeza dengan Undang-undang Persekutuan dibatalkan Terdiri daripada 183 perkara
B Terdiri daripada 183 perkara Undang-undang negeri di buat oleh Yang di-Pertuan Agong
C Perlembagaan yang dijalankan secara bertulis Undang-undang Negeri yang berbeza dengan undang-undang Persekutuan dibatalkan
D Terdiri daripada 183 perkara Agama Islam merupakan agama rasmi

14. Antara berikut, yang manakah merupakan kandungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
I Perkara berkaitan kebebasan hak asasi
II Perkara berkaitan pilihan raya
III Perkara berkaitan undang-undang jalan raya
IV Perkara berkaitan undang-undang negeri
A I dan II
C I dan IV
B II dan III
D III dan IV

15. Antara berikut, perkara yang manakah hanya terkandung dalam Senarai Persekutuan?
A Pertanian
B Perhutanan
C Pertahanan negara
D Penetapan hari cuti

16. • Tidak setia kepada negara• Memalsukan maklumat semasa memohon kewarganegaraan
Pernyataan tersebut merujuk
A Percantuman wilayah
B Perlantikan warganegara
C Penamatan kewarganegaraan
D Penamatan kewarganegaraan secara sukarela

17. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Bahagian ke-9 Perlembagaan Persekutuan?A Kehakiman
B Perintah Am
C Pelancongan
D Perkhidmatan awam

18. Suruhanjaya yang manakah memainkan peranan dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A Suruhanjaya Reid
B Suruhanjaya Venn
C Suruhanjaya Cobbold
D Suruhanjaya MacMichael

19. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan konsep Ketertinggian Perlembagaan?
I Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara
II Perlembagaan Persekutuan perlu dipatuhi mana-mana Kerajaan Negeri
III Perlembagaan memberi kuasa mutlak kepada pemerintah untuk bertindak secara bebas
IV Perlembagaan Negeri mempunyai kuasa-kuasa muktamad terhadap perlaksanaan dalam negeri
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

20. Antara berikut, yang manakah merupakan perkara yang memerlukan Parlimen mendapat sokongan majorit 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta persetujuan Majlis Raja-raja?
A Kuasa perundangan
B Pemilihan anggota Mahkamah Tinggi
C Bahasa Kebangsaan dan kewarganegaraan
D Perlantikan pembesar mengikut adat Melayu

21. Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan yang diambil oleh British setelah kembali ke Tanah Melayu?
I Membentuk Malayan Union
II Menubuhkan Suruhanjaya Reid
III Memperkenalkan Sistem Residen
IV Memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
A I dan II
C II dan III
B II dan IV
D III dan IV

22. Antara berikut, yang manakah jenis-jenis kewarganegaraan yang terdapat di Malaysia?
I Keizinan raja
II Kemasukan
III Pengislaman
IV Cantuman wilayah
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV

23. Pilih syarat-syarat untuk memperolehi kewarganegaraan melalui pendaftaran
I Berkelakuan baik
II Pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu
III Telah bermastautin di Persekutuan selama 12 tahun
IV Suami ialah warganegara pada permulaan Oktober 1962
A I dan II
C I dan IV
B I dan III
D III dan IV

24. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk perkara berikut
I Kegiatan ceti haram yang menggunakan kekerasan
II Penyebaran ajaran sesat yang menimbulkan keadaan tidak selesa dalam kalangan masyarakat
III Menyebarkan sistem pesanan ringkas yang boleh menimbulkan ketegagan kaum
IV Mengadakan perhimpunan tanpa permit polis
A I, II dan III
C I, III dan IV
B I, II dan IV
D II, III dan IV

25. Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan dalam Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada perkara berikut
I Seseorang itu bebas memberikan pendapat
II Seseorang boleh berhimpun secara aman jika melebihi 6 orang dan mendapat permit polis
III Seseorang itu dilarang mempersoalkan hak, taraf, kedudukan istimewa, dan hak kedaulatan.
IV Seseorang itu bebas menganut agama pilihannya sendiri.
A I, dan II
C I, dan III
B II dan III
D III dan IV

26. • Mendaftarkan maklumat peribadi utama rakyat Malaysia• Mengeluarkan dokumen utama kepada semua rakyat seperti sijil kelahiran dan kematian
Pernyataan di atas merujuk
A Jabatan Imigresen
B Jabatan Perpaduan Negara
C Jabatan Pendaftaran Negara
D Jabatan Perkhidmatan Awam

27. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang kebebasan beragama?
A Bebas mengurus hal agama sendiri
B Tidak menganut sebarang agama
C Individu yang berumur 21 tahun ke atas bebas memilih agama yang disukai
D Memegang harta tanah dan bangunan tempat beribadat mengikut undang-undang

28. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang Bahasa Kebangsaan?
A Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan
B Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan
C Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dalam urusan kerajaan
D Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang dibenarkan di Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu

29. Pasport Malaysia dikeluarkan kepada warganegara Malaysia sahaja dan digunakan untuk tujuan perjalanan ke mana-mana negara kecuali
A Iran
B Lebanon
C Israel
D Amerika Syarikat

30. • Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan• Hakim-hakim Mahkamah Rayuan
Antara yang berikut, siapakah yang melantik jawatan di atas?
A Ketua Menteri agas nasihat Dewan Undangan Negeri
B Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri
C Perdana Menteri atas nasihat Yang di-Pertuan Agong
D Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Raja-raja

31. Antara berikut, yang manakah tugas Yang di-Pertuan Agong?
I Melantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong
II Menjadi Ketua Angkatan Tentera Malaysia
III Mempengerusikan setiap mesyuarat Majlis Raja-raja
IV Memberikan persetujuan kepada permintaan pembubaran Parlimen
A I, dan II
C II dan IV
B I dan IV
D III dan IV

32. • Keagamaan• Tingkah laku raja• Hak istimewa orang Melayu
Pernyataan di atas berkaitan perkara yang dibincangkan dalam
A Parlimen
B Majlis Raja-raja
C Dewan Undangan Negeri
D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

33. Antara yang berikut, yang manakah bukan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
I Membuat pertukaran secara sementara
II Menguruskan pemberian taraf berpencen
III Mengadakan rundingan antara majlis dengan orang lain
IV Membuat perlantikan dalam perkhidmatan perguruan
A I, dan II
C II dan IV
B I dan IV
D III dan IV

34. Antara yang berikut, yang manakah bukan fungsi Majlis Angkatan Tentera?
I Menjaga keselamatan negara
II Menentukan tugas naib pengerusi
III Mengesahkan jawatan dalam perkhidmatan
IV Mengadakan rundingan dengan majlis orang lain
A I, dan II
C I dan IV
B I dan III
D III dan IV

35. Senarai berikut ialah sumber Hasil Kerajaan Persekutuan kecuali
A Cukai Pendapatan individu dan syarikat
B Cukai hartanah
C Duti eksport
D Hasil daripada Majlis Perbandaran dan Majlis Tempatan

36. Antara berikut, yang manakah berfungsi di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri?
I Badan Pencegah Rasuah
II Jabatan Peguam Negara
III Jabatan Pertahanan Awam
IV Jabatan Pendaftaran Negara
A I, dan II
C I dan IV
B I dan III
D III dan IV

37. Antara berikut, yang manakah merupakan objektif Jabatan Peguam Negara?
I Melibatkan rakyat dalam usaha memelihara keamanan dan keselamatan negara
II Melaksanakan segala tindakan mengikut perlembagaan
III Melaksanakan sistem perundangan dengan cekap, adil dan saksama
IV Melaksanakan projek-projek pembangunan dengan cekap dan berkesan
A I, dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

38. Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi kementerian?
I Mengawal jabatan dan badan berkanun
II Mengawal pelaksanaan program kementerian
III Menyelaras program untuk membangunkan negara
IV Mengawal semua polisi kerajaan serta perlaksanaannya
A I, dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

39. • Dipengerusikan oleh Perdana Menteri• Membantu negara membuat perancangan dari segi ekonomi
Pernyataan di atas merujuk
A Majlis Perancang Negara
B Majlis Pembangunan Negara
C Majlis Tindakan Ekonomi Negara
D Majlis Perundingan Ekonomi Negara

40. Antara berikut, yang manakah kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan sahaja?
A Kementerian Kerja Raya
B Kementerian Luar Negeri
C Kementerian Dalam Negeri
D Kementerian Sumber Manusia

41. Antara berikut, yang manakah ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan antara kementerian?
A Majlis Tanah Negara
B Majlis Kewangan Negara
C Majlis Keselamatan Negara
D Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

42. Antara berikut, siapakah yang hadir mengikuti mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?
I Ahli EXCO
II Raja/Sultan
III Menteri Besar
IV Setiausaha Dewan Undangan Negeri
A I, dan II
C II dan III
B I dan III
D III dan IV

43. Antara berikut, yang manakah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan?
A Menyediakan pasar
B Mengeluarkan lesen pembalakan
C Menjaga keindahan kawasan persekitaran
D Mengenakan kompaun bagi kesalahan lalu lintas.

44. Antara berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
I Kebajikan Orang Asli
II Pemeliharaan Warisan
III Bekalan dan perkhidmatan air
IV Pencerobohan pendatang asing
A I, dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

45. Antara berikut, yang manakah benar tentang Menteri Besar?
A Ketua Kerajaan Negeri
B Memegang jawatan sehingga berumur 65 tahun
C Mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri
D Boleh dilantik dari kalangan bukan ahli Dewan Undangan Negeri

46. Antara berikut, yang manakah benar tentang keahlian Dewan Undangan Negeri?
A Ahli berumur 21 tahun ke atas
B Ahli dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
C Tempoh perkhidmatan sepenggal ialah 3 tahun
D Bilangan ahli ialah tetap dan tidak boleh berubah

47. Antara yang berikut, yang manakah membolehkan seseorang ahli Parlimen hilang kelayakan?
I Aktif dalam perniagaan
II Dipenjarakan selama 18 bulan
III Memohon kewarganegaraan asing
IV Memegang jawatan berpendapatan
A I, dan II
C II dan III
B I dan III
D II dan IV

48 Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan persidangan Parlimen?
A Persidangan dijalankan secara terbuka
B Kehadiran setiap ahli adalah diwajibkan
C Korum yang diperlukan ialah 14 daripada bilangan ahli
D Persidangan pertama mesti diadakan tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pilihan raya.

49. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Pesuruhjaya Kehakiman?
I Hanya terdapat di Sabah dan Sarawak
II Merupakan pegawai tadbir utama dalam kehakiman
III Memiliki segala kuasa seperti hakim Mahkamah Tinggi
IV Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara
A I, dan II
C II dan III
B I dan III
D III dan IV

50. A dituduh membunuh. Siasatan awal dijalankan di Mahkamah Tinggi tetapi tidak mempunyai prima facie. Apakah tindakan seterusnya ke atas A?
A Dibebaskan
B Disabitkan kesalahan
C Diminta membela diri
D Dihadapkan ke Mahkamah Tinggi

51. Antara berikut, yang manakah kes yang dibicarakan di Mahkamah Bumiputera?
I Menyamar sebagai Ketua Masyarakat
II Kes harta pusaka yang melibatkan bumiputera Islam
III Pembahagian tanah yang tidak mematuhi adat Iban di Sarawak
IV Kesalahan melanggar undang-undang adat oleh kaum bumiputera
A I, dan II
C II dan III
B I dan III
D III dan IV

52. Dalam satu kejohanan bola sepak, pertandingan dijalankan mengikut sistem liga. Sebanyak 5 pasukan mengambil bahagian. Setiap pasukan akan bermain sebanyak 4 kali. Secara keseluruhannya, berapakah jumlah permainan yang diadakan dalam kejohanan tersebut?
A 10
B 12
C 16
D 20

53. Syarikat X telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar pampasan kepada Encik Yusuf yang dipecat dari jawatannya. Pampasan tersebut perlu dibayar berdasarkan maklumat iaitu 8.5% x bilangan bulan perkhidmatan x gaji pokok terakhir.Jika Encik Yusuf mula berkhidmat pada bulan Jun 1995 dan perkhidmatannya berakhir pada bulan November 2007 dengan gaji pokok terakhir RM2575.00, berapakah pampasan yang bakal diterimanya?
A RM25,589.25
B RM32,393.50
C RM32,612.38
D RM32,831.25

54. Encik S ingin mengirim 3 buah bungkusan yang beratnya masing-masing 50 gram, 45 gram, dan 60 gram menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar caj iaitu berat bawah 20 gram RM3.40 manakala setiap 10 gram berikutnya RM2.70. Kirakan caj perkhidmatan yang perlu dijelaskan oleh Encik S.
A RM30.40
B RM35.85
C RM37.20
D RM41.20

55. Jadual berikut ialah kedudukan harga saham yang telah dibeli oleh Encik X.
Kaunter Jumlah Unit Harga Belian (RM) Harga Jualan pada 31 Dis 2007 (RM)P 1,500 0.85 0.65Q 4,000 0.60 0.58R 5,000 0.45 0.50S 5,500 0.50 0.53
Berdasarkan maklumat Jadual I, jika semua saham Encik X dijual pada 31 Disember 2007, berapakah keuntungan yang diperolehinya?
A RM35
B RM80
C RM165
D RM250

56. Soalan 55 berdasarkan maklumat di bawah ini.
I X mencadangkan Y mendera anaknya
II Z menyatakan dia melihat Y memukul seseorang
III Hakim mencadangkan Y mengemukakan rayuan terhadap sabitannya
IV X berpuas hati terhadap hukuman ke atas Y
Antara berikut, yang manakah benar membuktikan Y bersalah?
A I, dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

Soalan 57 dan 58 berdasarkan maklumat di bawah.
• Tangki minyak kereta Y boleh diisi 45 liter petrol untuk perjalanan sejauh 350km• Harga petrol dalam pasaran ialah RM1.62 seliter• Jarak rumah Y dari tempat kerja ialah 16km
57. Sekiranya Y memandu kereta ke tempat kerjanya setiap hari, berapakah kos petrolnya untuk seminggu?
A RM46.65
B RM33.33
C RM23.30
D RM16.66

58. Hitung perjalanan yang dapat ditampung jika Y mengisi petrol RM50.00
A 81km
B 126km
C 240km
D 316km

59. Harga sebotol syampu rambut mengikut jenama seperti berikut:• Jenama X (550ml): RM7.26• Jenama Y (750ml): RM8.22• Jenama Z (850ml): RM11.22
Antara berikut, yang manakah benar tentang harga syampu rambut di atas?
A Harga yang paling murah ialah jenama Z
B Harga yang paling mahal ialah jenama Y
C Harga seliter jenama X adalah sama dengan jenama Z
D Harga jenama X lebih murah daripada jenama Y

60 Antara yang berikut, yang manakah usaha ASEAN dalam kerjasama ekonomi?
I Forum Serantau ASEAN (ARF)
II Sistem Keistimewaan Am (GSP)
III Kawasan Pelaburan ASEAN (AIA)
IV Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA)
A I, dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

Tuesday, September 8, 2009

PENGAJIAN AM STPM

PENGAJIAN AM STPM: "PENGAJIAN AM STPM"