PENGAJIAN AM KERTAS 1 : KENEGARAAN

Kertas 1 meliputi Konsep Kenegaraan, Perlembagaan, Perlembagaan Malaysia, Sistem Pentadbiran Malaysia, Sistem Perundangan Malaysia, Sistem Kehakiman Malaysia, Dasar Dalam Negara, Dasar Luar Negara, Isu Semasa dan Penyelesaian Masalah.

Thursday, July 30, 2009

PENGENALAN KERTAS 1

Alhamdulilah, pada hari ini 30 Julai 2009 cikgu akan membahagikan blog cikgu kepada Kertas 1 dan Kertas 2. Blog ini adalah untuk Kertas 1 : Kenegaraan. Kertas ini merupakan kertas aneka pilihan dan mengandungi soalan-soalan seperti:
a) Soalan berdasarkan Kenegaraan Malaysia yang merangkumi sistem pentadbiran, sistem perundangan dan sistem kehakiman (25 soalan)

b) Soalan berdasarkan pengetahuan am yang merangkumi dasar dalam dan luar negara Malaysia serta isu-isu semasa (20 soalan)

c) Soalan berdasarkan penyelesaian masalah yang merangkumi soalan kuantitatif dan kualitatif (15 soalan)