
Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.
“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.
Dakwanya lagi, pilihan raya kecil itu juga dicemari pembelian undi dan pemindahan pengundi.
Zaid juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.
Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat
ReplyDeleteatau Dewan Undangan Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya
yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan
raya itu diadakan
Sebarang petisyen tidak puas hati calon atau sesiapa saja boleh dibuat selepas keputusan pilihan raya diwartakan. Apabila keputusan diwartakan, dalam tempoh 21 hari selepas itu, sesiapa saja boleh membuat petisyen. Individu atau parti politik yang ingin mengemukakan petisyen di mahkamah perlu menunggu sehingga keputusan diwartakan.
ReplyDeleteIbu Pejabat SPR menerima semua data dan dalam proses menyemak serta mengemas kini sebelum dicetak dan diwartakan. Seksyen 34 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 membolehkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati keputusan pilihan raya memfailkan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi mengikut negeri bertanding. Seksyen 38(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 pula menyebut, petisyen pilihan raya hendaklah difailkan di mahkamah dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan diwartakan.
SPR akan mengumumkan tarikh pewartaan bagi membolehkan semua pihak, termasuk parti politik menyemak semua data. Sebaik diwartakan, keputusan pilihan raya sudah menjadi dokumen awam dan sesiapa saja boleh mendapatkannya sama ada di Ibu Pejabat SPR atau di pejabat SPR negeri untuk semakan.
Zaid Ibrahim ni masuk PKR kan cikgu?? dia anak Ibrahim Ali ke cikgu??
ReplyDelete