PENGAJIAN AM KERTAS 1 : KENEGARAAN

Kertas 1 meliputi Konsep Kenegaraan, Perlembagaan, Perlembagaan Malaysia, Sistem Pentadbiran Malaysia, Sistem Perundangan Malaysia, Sistem Kehakiman Malaysia, Dasar Dalam Negara, Dasar Luar Negara, Isu Semasa dan Penyelesaian Masalah.

Friday, April 30, 2010

APA ITU PETISYEN?

Zaid fail petisyen cabar pilihan raya

Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

Dakwanya lagi, pilihan raya kecil itu juga dicemari pembelian undi dan pemindahan pengundi.

Zaid juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

3 comments:

  1. Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat
    atau Dewan Undangan Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya
    yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan
    raya itu diadakan

    ReplyDelete
  2. Sebarang petisyen tidak puas hati calon atau sesiapa saja boleh dibuat selepas keputusan pilihan raya diwartakan. Apabila keputusan diwartakan, dalam tempoh 21 hari selepas itu, sesiapa saja boleh membuat petisyen. Individu atau parti politik yang ingin mengemukakan petisyen di mahkamah perlu menunggu sehingga keputusan diwartakan.

    Ibu Pejabat SPR menerima semua data dan dalam proses menyemak serta mengemas kini sebelum dicetak dan diwartakan. Seksyen 34 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 membolehkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati keputusan pilihan raya memfailkan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi mengikut negeri bertanding. Seksyen 38(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 pula menyebut, petisyen pilihan raya hendaklah difailkan di mahkamah dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan diwartakan.

    SPR akan mengumumkan tarikh pewartaan bagi membolehkan semua pihak, termasuk parti politik menyemak semua data. Sebaik diwartakan, keputusan pilihan raya sudah menjadi dokumen awam dan sesiapa saja boleh mendapatkannya sama ada di Ibu Pejabat SPR atau di pejabat SPR negeri untuk semakan.

    ReplyDelete
  3. Zaid Ibrahim ni masuk PKR kan cikgu?? dia anak Ibrahim Ali ke cikgu??

    ReplyDelete