PENGAJIAN AM KERTAS 1 : KENEGARAAN

Kertas 1 meliputi Konsep Kenegaraan, Perlembagaan, Perlembagaan Malaysia, Sistem Pentadbiran Malaysia, Sistem Perundangan Malaysia, Sistem Kehakiman Malaysia, Dasar Dalam Negara, Dasar Luar Negara, Isu Semasa dan Penyelesaian Masalah.

Saturday, September 5, 2009

SOALAN OBJEKTIF : BAB PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan & Perlembagaan Negeri

Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai pada hari ini adalah berdasarkan perlembagaan tahun
A. 1948
B. 1957
C. 1963
D. 1984

Perlembagaan diperlukan oleh sesebuah negara supaya
A. menjadi panduan kepada sesebuah parti politik
B. menjadi pedoman kepada sesebuah pemerintahan
C. menjadi garis panduan kepada badan pemerintahan
D. menjadi panduan dalam pelaksanaan sesebuah kerajaan

  • Seseorang yang ditangkap perlulah diberitahu mengapa dia ditangap
  • Hanya dengan undang-undang sahaja nyawa seseorang boleh diambil

Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Kebebasan diri
B. Kebebasan asasi
C. Kebebasan mutlak
D. Kebebasan mutlak sementara

Menurut perlembagaan, kuasa tertinggi di Malaysia diperuntukkan kepada
A. Perdana Menteri
B. Yang di-Pertuan Agong
C. Mahkamah Persekutuan
D. Perlembagaan Persekutuan

  • Isteri dan anak warganegara telah bermastautin dua tahun sebelum permohonan
  • Berumur 18 tahun bermastautin di Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Telah bermastautin sebelum tarikh tersebut dan selepas tempoh itu telah bermastautin selama tujuh daripada 10 tahun sebelum permohonan.

Pernyataan di atas merujuk kepada perolehan kewarganegaraan secara
A. kuat kuasa undang-undang
B. pendaftaran
C. permohonan
D. kemasukan wilayah

  • menentukan hak asasi rakyat
  • kuasa tertinggi dalam negara
  • menentukan corak kerajaan sesebuah negara

Pernyataan di atas merujuk kepada
A. kabinet
B. Parlimen
C. mahkamah
D. perlembagaan

3 comments: